Wednesday, April 1, 2009

TELAH

Telah banyak kata ku ungkapkan.
Telah beribu sajak ku tulis tuk persembahkan padamu.
Telah berkali diri ini jatuh dan terluka kerana dirimu.
Telah berjuta titisan air mata jatuh kerana dirimu.
Telah ku abdikan dirimu di hatiku setiap detik.
Telah ku korbankan separuh dari hidupku hanya untukmu.

Telah ku menangis bersama dirimu.
Telah ku terluka bersama dirimu.
Telah ku terjatuh bersama dirimu.
Telah ku mati bersama dirimu.

Telah ku harungi berjuta rintangan untuk mendapatkanmu.
Telah ku lakukan sejuta perkara hanya untuk dirimu.
Menangis, terluka tak pernah ku biarkan dirimu sendirian.
Bukan menagih atau mengungkit tapi inilah hakikat.

Selayaknya inikah balasannya?
setelah diriku menangis dan terluka bersama dirimu.
Selayaknya inikah yang kau berikan?
setelah penat diriku mengejar dirimu.
Selayaknya inikah yang ku terima?
setelah cintaku dirimu miliki?
Selayaknya inikah berimu?
setelah aku yankinkan pada dirimu tentang cintaku padamu.
Apa mahumu?
Katakan padaku,
agar bisa aku penuhi permintaan dirimu.
Jangan takut untuk menghampiri diriku,
jika belum dirimu mengenali diriku.
Berikan diriku satu peluang untuk menyayangi dirimu.
Berikan dirimu juga satu peluang untuk mengenali diriku.

Lapangkan sedikit ruang hatimu untuk diriku.
Bukan simpati yang ku harapkan,
Tapi sayang, kasih, cinta yang ku inginkan.
Bisakah aku untuk menikmati semua itu.
Hanya dari dirimu bidadariku.
Hanya sayang, kasih dan cinta darimu yang ku mahukan,
dan bukannya permata yang ada pada dirimu yang sering diagungkan.
Tapi sekeping hatimu yang penuh dengan kesucian,
sekeping hatimu yang penuh dengan ketulusan,
sekeping hatimu yang penuh dengan keikhlasan,
sekeping hatimu yang penuh dengan cinta.

Berilah diriku peluang untuk bersamamu diriku untuk kali ini,
kerana diriku lemah untuk hidup hanya ditemani potret dirimu.
Berilah diriku peluang untuk bersamamu kembali,
kerana diri ini tak mampu lagi untuk hidup sendirian lagi.
Kejayaan, kekayaan yang diriku miliki kini tiada maknanya,
tanpa dirimu di sisi diriku lagi.

Maafkan diriku kerana terlanjur mencintai dirimu.
Maafkan diriku kerana tidak berhenti memburu dirimu.
Biar tersungkur, biar terluka untuk entah berapa kali sudah,
takkan diriku berhenti mengejar dan memburu dirimu,
hanya kerana dirimu yang diriku idamkan.
dan hanya kerana dirimu, diriku hidup semula.

Pintaku, mengertilah hati yang kecil ini.
Namamu, senyumanmu, lirik manjamu, jelinganmu, ciumanmu,
semua itu masih segar di dalam kotak memoriku.
Bagai baru lagi hubungan kita hinggakan dirimu sanggup berpaling tadah.
Apa salahku?
Hanya kerana mencintai dirimu?
Sayang, berikan diriku kebenaran siapakah diriku dalam hidupmu.
Sekalipun perit untuk diriku menerimanya.

Berikan diriku satu kesempatan untuk terus menyayangi dirimu.
Berikan diriku satu kesempatan untuk terus memuja dirimu.
Sekalipun hanya dengan menatap potretmu,
sekalipun hanya dengan melihat dirimu dari jauh,
sekalipun hanya dengan berjumpa dengan dirimu dalam mimpi,

Maafkan diriku kerana hati ini degil untuk melupakan dirimu.
Bukan mudah untuk diriku menghapuskan ingatan terhadap dirimu.
Bukan mudah untuk membuang bayangan dirimu ynag tersemat di hati.
Bukan mudah untuk melupuskan kenangan saat kita bersama,
kerana hanya dengan itu diriku masih mampu bernafas di dunia yang fana ini.

~ilham sis mona, 26 03 09 (sehari sebelum genapnya 4tahun 2bulan hubungan kami)

No comments: